Wednesday 30 November 2011

Akibat terlebih beri cinta

1. Kamu akan cepat merasakan diri tertipu dan marah andai suatu hari nanti si dia gagal memberi apa yang selalu diberikannnya pada kamu atau apa yang diberikannya telah berkurangan. misalnnya di awal percintaan, sia dia setiap hari akan menghadiahkan kamu sekuntum bunga dan sekeping kad. tetapi lama kelamaan hanya sekuntum bunga sahaja di hadiahkan untuk kamu tanpa kad. kemudian semakin lama. sia dia langsung tidak memberi apa-apa. kamu pasti akan cepat merasa sedih dan menganggap si dia tidak lagi menyayangimu. Akhirnya hubungan kamu dan dia ibarat retak menanti belah hanya kerana hal yang kecil
2. oleh kerana kamu merasakan telah memberi terlalu banyak, wujud perasaan terdesak dalam diri akibat terlalu ingin melihat hasil atas apa yang telah kamu beri dan lakukan. Misalnya kamu sanggup berkorban semua dari gaji kamu untuk membeli hadiah untuknya. kamu terlalu berharap si dia menghargai apa yang telah kamu buat untuknya dan akan melakukan sesuatu yang lebih baik dari itu untuk kamu. namun ia berlaku sebaliknya, kamu pasti akan rasa sedih dan tersinggung. Seterusnnya hubungan kamu pasti tidak mampu bertahan lagi
3. Kamu tidak mengendahkan diri sendiri kerana terlalu menumpukan perhatian kepada pasangan kamu. pakaian kamu tidak pernah bertukar sedangkan untuk pasangan kamu setiap minggu kamu mengajaknnya keluar membeli belah. Bukan itu sahaja, kamu sendiri hanya mampu belajar sampai tahap diploma tetapi demi si dia kamu sanggup habiskan membiayai pelajarannya sampai ke peringkat tertinggi. Akhirnnya pekerjaan, pelajaran atau apa sahaja yang kamu lakukan akan terjejas dan kesannya akan berbalik kpd perhubungan kamu. tidak mungkin si dia mahu terus bersama kamu andainya dia merasakan kamu terlalu banyak kekurangan dari dirinya
4. Keceriaan dalam hidup kamu makin hari makin hilang. kamu hanya akan gembira apabila dapat membuatkan si dia gembira. mungkin kamu sedar yang kamu sebenarnya hanya dipermainkan, diperbodohkan dan di ambik kesempatan namun kamu tidak mempedulikan semua itu dan terus berusaha untuk mendapatkan si dia hanya atas nama cinta. Pun begitu lagi jauh kamu mengejarnnya, si dia semakin tidak mengendahkan kamu kerana si dia tahu apa pun yang si dia lakukan pada kamu ia tidak akan sedikitpun melunturkan cinta kamu padannya
5. lama kelamaan si dia hanya akan bersama kamu apabila si dia memerlukan pertolongan kamu sahaja. Sekiranya tidak, sia dia akan mula menjauhkan diri kamu dan memberi pembagai alasan apabila kamu ingin bertemu. Manakala kamu pula semakin kerap membuat, memberi dan melakukan segalanya untuk si dia bagi memastikan si dia kekal bersama kamu. namun tindakkan kamu itu ternyta sia sia. Si dia tidak pernah menghargai apa yang kamu lakukan.
Tindakan sebaiknya
Apa yang perlu kamu lakukan ialah berhenti berharap. Maksudnya, andai kamu terlebih beri sebaiknya berhenti atau kembali melangkah ke belakang semula supaya perhubungan boleh bernafas kembali. cara yang boleh kamu lakukan ialah elakkan daripada menghubunginya. Diamkan diri buat sektika. kalau boleh, pergi melancing, balik kampung, berehat ke tempat lain dan hantar satu poskad sahaja kepada si dia. Sekirannya kamu tidak boleh melancong atau ke tempat lain. Sibukkan diri kamu mungkin dengan kerja atau dengan rakan untuk beberapa minggu. jangan risau, kamu tidak akan kecewa. Ini penting, berikan ruang untuk perhubungan kamu. biar masa berlalu tanpa ada tindakan dari kamu dan jangan lupa masa yang sama kamu perlu sentiasa ceria. mungkin sesekali boleh buat panggilan telefon dan sms tetapi jangan bercakap terlalu lama dan kerap sms. sekadar bertanya khabar sudah memadai, itu pun mungkin 2 minggu sekali. wujudkan ruang seperti ini dalam perhubungan membolehkan kedua pihak memikirkan semula hala tuju perhubungan. segala tindakan yang tidak sesuai dapat diperbetulkan semula. tindakan yang tepat dan baik untuk perhubungan dapat dibuat kerana fikiran kamu telah kembali normal dan keputusan tidak dibuat berdasarkan emosi...

No comments:

Post a Comment